Showing posts with label kenduri. Show all posts
Showing posts with label kenduri. Show all posts

Friday, December 31, 2010

Catitan X'mas d BINTULU (PART 1)

Salam Akhir Tahun dan Salam Kemenangan Bola Sepak...Aauuummmm!!!!


Tahniahla kpd skuad Malaysia dan biarlah mereka2 yang laen bercakap mengenainya....aku ada benda laen nak di kongsi bersama....agak bz la sblm ni....kiranya aku nak update cerita terkini..tapi memandangkan bz dgn kehangatan Piala AFF Suzuki dan Krismas..so baru la aku update blog aku ni.....

sebelum menutup tabir 2010 ni aku sempat mengerjakan aktiviti agak gila la..demi memenuhi janji aku terhadap sahabat aku untuk menghadiri Majlis perkahwinan dia kat Bintulu pada 25/12 iaitu bersamaan Krismas bebaru ni aku dgn takda lesennya  selamba memandu cari pasal drive kereta kancil 850EX yg bernama Stella meredah ke Bintulu..

inilah 'Stella' yg di redah ke Bintulu bergambar di Similajau


time atau akan ketika itu aku dh tak pikir apa2 dh..janji aku sampi ke Bintulu..."Janji tetap Janji"..jgn sembang kenchang klu x dpt di kotakan...hahaha lantaklah klu ada yg terasa...

aku bersama dua org lagi iaitu hayat si muka busuk n liya..liya ni p0n last minit ajak...2 p0n sbg backup driver..hayat ni x blh harap tol..tukang sapot minyak je la..haha....so perjalanan bermula pukol 3.30pm dari Unimas...

pukol 8 camtu aku berenti berehat d Saratok utk mengisi minyak + merehatkan kereta + makan setelah hampir 5 jam memandu..ok ni 1st time aku tiba di pekan Saratok so aku maen redah je masuk ke pekan dia..

huh~~nasiblah sempat isi minyak kt Shell sblm dia tutup...FYI pekan Saratok tutup dalam 8 malam dan hanya beberapa kedai makan sahaja di buka..itupun tutup dalm pukol 10pm...lepas tue kitaorg g makan kat sebuah restoran yg masih buka time tue..


nama Restauran ni adalah Restoran Abjad

 mula2 aku sampai kt restoran ni aku dh rasa pelik dgn restoran ni.....tapi dh lapar so aku makan je la kt sini..
menurut rakan aku yg mmg dok Saratok, Abjad ni adalah persatuan silat yg berasal dari semenanjung dan kat situ adalah cawangan dia..oo0ohh patutlah aku rasa macam ala2 Pekida je..haha

agak berbangga jugaklah aku makan kat restoran dia ni walaup0n makanan dia taklah seberapa..huhu


lukisan simbol yg terdapat di setiap dinding kat restoran ni


kalimah 'La ilaha illallah muhammadur rasulullah' pada Hilux owner restoran Abjad

aku agak kagum melihat kalimah tersebut pada kereta tersebut....agak style la...walaup0n hanya org2 yg layak sahaja boleh berbuat demikian..

kat dalam restoran ni sbnrnya terdapat lukisan wajah Tuan guru persatuan Abjad ni..tapi aku x sempat amek gambar dia...memang besar sebesar dinding restoran tue..

so kepada sesapa yg singgah ke pekan Saratok  dtg je lah ke rstoran ni..haha oh lupa plak...menurut kwn aku..speciality Saratok adalah ikan Terubok coz ikan Terubok Sarawak asli terdapat di sini...kata-kata ni aku caya coz ikan tersebut dihasilkan dari sebuah kampung nelayan yg aku dh lupa nama dia dan terletak berdekatan dgn Roban....so xdalah isu ikan Terubok dari India then di masinkan...huhu


ok perjalanan di teruskan........


dari Saratok aku direct drive sampai Sibu..mcm biasa akan melalui jambatan Hulu Lanang yg TERAMATLAH BESAR DAN PANJANG bagi sebuah jambatan yg merentasi sebuah sungai...jgnlah nak compare jambatan Pulau Pinang..konpomla paling panjang kat Malaysia coz merentasi lautan...korang akan melihat Bandar Sibu nampak kecik je dari atas jambatan tue...

FYI yg aku dengarlah..jikalau empangan BAKUN tue pecah...so Bandar Sibu akan menjadi sejarah...huh x dpt aku membayangkannya..so moral of story jangan dudok kt Sibu..hahaha boh kecik ati miak Sibo..haha

aku singgah kejap je g rehatkan kereta kat Petronas tapi x isi minyak..aku x berani nak masok Bandar dia memalam buta..sah2 aku akan sesat nnt..coz Sibu ni yg aku tahulah bukanlah bandar terancang seperti Bintulu dan Miri..so x heranlah klu ramai yg sesat dalam bandar Sibu...uhuhuhu

aku rasa aku akan Jelajah Bandar Sibu dalam masa terdekat ni...so nntikan n3 pasal Sibu dari aku k....


perjalanan di teruskan...


sejauh 60km dari Sibu aku singgah kat RnR Selangau...ada Pekan Selangau tapi dh tengah2 malam op koslah dah tutop..so aku g singgah kat RnR....RnR feveret aku kat area Selangau adalah Restoran Nurliana Abdullah..coz inilah satu2 nya Restoran yg SAH2 diyakini islamik..haha

sorilah xda gambar di sertakan...

plan nak tidor kt cni tapi surau dia kena tutop plak..time 2 dlm kol 12..so plan nak teruskan sahaja perjalanan ke Bintulu..perjalanan dari Selangau ke Bintulu mengambil masa dlm sejam setengah....

setiba je kat Pekan Tatau minyak macam x mengizinkan utk meneruskan perjalanan walaup0n ada dlm setengah jam lagi untuk sampai ke Bintulu...

so kami amek keputusan tido dalm kereta kat Pekan Tatau utk mengisi minyak kesokan harinya...

malam aku bergerak tue adalah malam Xmas Eve...so sepanjang perjalanan dari Sibu ke Tatau akan melalui banyak rumah-rumah panjang kaum Iban...bermacam ragam sambutan malam tue yg aku lihat..karaoke tue takyah cerita la kan..hampir setiap rumah panjang aku lihat ada sesi berkaraoke kat ruai rumah...ada yg lepak bersama kaum keluarga...alaa mcm malam hari esok nak raya 2..tapi bestnya dorg ni satu rumah panjang yg ada lebih kurang 20 rumah berkumpul reramai kat ruai ..huh memang best..sambil2 ngirup..apuuuu nyak..haha

yang bestnya ada satu tempat kat Selangau klu x silap..kedai makan ni di jadikan  tempat menari ala2 pub o disko gitu...maklumlah area sana manada Pub o disko khas..so mereka pasangkan muzik sekuatnya,kerusi dan meja di alihkan ketepi supaya ruang tengah clear dan menari sakan lah mereka menyambut kedatangan Xmas....h0h0h0h0

setibanya aku di Pekan Tatau ingin mencari masjid o surau tapi x jumpa..so tidurlah dalm keta kat tepi Shell..ketika waktu suboh azan p0n berkumandang..aku ronda2 lagi mencari masjid tapi x jumpa..maklumla gelap so x nampakla menara ataup0n kubah masjid..hhuhu

so pagi p0n menjelma....

view pagi dari jeti sungai Tatau..subhanallah...

jeti kat Tatau

masjid o surau yg terdpat di pekan Tatau bersebelahan dgn stesen minyak Shell
ya allah pagi tue tatkala cahaya mentari menerangi alam barulah aku tahu kat mana masjid kat pekan Tatau..patutlah waktu subuh tu aku dgr mcm dekat je bunyinya..adooh memang dekat p0n sebelah stesen minyak aka sebelah aku je p0n..hahah mati2 kami gelak time 2..

so pagi tue sementara menunggu stesen minyak di buka pada pagi Xmas aku ronda2 sekitar pekan dan aku g lepak kat jeti sungai Tatau..

ekpress yg membawa penumpang ke area Ulu ntah mana
 klu korg pernah dengar kes ekspress karam kat Tatau yg mengorbankan byk nyawa dalam tahun ni....so gambar diatas adalah contoh bot yg karam itu dan di jeti inilah tempat naik dan turun mereka...

bebudak yg aku lepak sesama kat jeti

masa aku lepak kat jeti tue aku sempat gak berborak ngn bebudak yg lepak kt sana seawal 6 pagi...fuyoooo memang amat berbeza kanak-kanak bandar dan luar bandar..

aku masa kecik2 p0n mcm dorg ni gak..haha

aku tanya lah serba sdikit kat dorg ni..menurut bebudak ni..yg baju merah dan baju belang tue adalah adek beradik dan kacukan cina dan jawa....okaayyy...1 malaysia kot dan yg berbaju coklat tue keturunan Punan...okayyy aku x pernah dgr..well x heran sgt kot coz sarawak kan  mempunyai hmpir 30 lbh jenis kaum..

menurut budak ni gak sungai ni ada buaya dan paling banyak kat are Ulu....ahaha yg itu x perlu diherankan...well Sarawak~~

'buaya darat ada di mana-mana'.....tapi aku bukan...lol

dalam gambar diatas korg dapat melihat dua buah bukit o gunung..so aku tnya la ngn dorg ni apa nama dia..then budak baju merah tu cakap nama dia adalah gunung susu..erkkk





pam minyak gas yg klasik gitu..


dh la tersepit..bakal kena sembelih plak di pagi krismas..huhu

Rumah layang-layang

speaker yang mengeluarkan bunyi ala-ala bunyi burung layang-layang



dua gambar terakhir diatas adalah rumah kedai yang di jadikan rumah burung layang-layang.....yaaaa aku pada mulanya memang agaklah sedikit terkejut dan agak terkagum disitu...hahaha sungguh sesangat terkreatif.....

so lepas ni sesapa yg rumahnya sesangat la bebanyak beburung lelayang datang melepak 2..baek korg buat satu rumah khas utk dorg..so korg bolehlah buat bisness sarang beburung lelayang...uhukzz
tue nama dia konsep simbiosis antara kita..ok..


aku rasa setakat ni je lah dulu....bebanyak sesangatlah lagi aku nak nukil kan..Part 2 nnt cerita time aku sampai kat Bintulu....

ok kepada anak2 aku nnt...abah akan cerita pada part 2 ok..so g tido awal esok nak sekolah kan...(ceewahh bajet yg entry ni akan dibaca oleh anak2ku kelak)..hahaha



p/s: tak habis-habis pasal kutuk mengutuk antara org m'sia n indon...so apa bezanya kita dgn org yg mengutuk kita jikalau kita juga asyik mencarut mengutuk  mengadu domba pasal dorg...huhu

Friday, December 24, 2010

Ada aPa dengan Hujung Tahun???????

Salam and Hola!!! 

Year End Sale...Year End Holiday...Year End Kenduri Kahwin...Year End Jalan-Jalan


seperti mana semua maklum akan bahwa ketika ini Malaysia khususnya rakyat-rakyatnya mengalami 4 perkara yg di sebut seperti di atas...so aku ingin menge'share'lah apa yg aku tahu mengenai hujung tahun sepanjang yang aku lalui selama aku hidop diatas Tanah Malaysia khususnya  Bumi Borneo ini....

akan kesemua cherita aku yg akan di repek di bawah ini adalah based on dari sudut retina mata aku...so harap maaf dan diharapkan semua x melenting jikalau ada yg terguris, terkikis mahupun termenyampah k...huhu

so aku akan merepek based on ketegorilah...


Cuti Sekolah...........

Bab ni takyah di mukaddimahkan lg..aku rasa sejak Malaysia ditubuhkan lagi fenomena ini telah terjadi kepada semua penduduk bumi malaysia..mahup0n seantero dunia ni...yelah dulu2 manada sistem cuti ni...hari2 cuti bagi bebudak dulu2..malam je baru g belajar ngaji..2 p0n klu rajin...(based on cerita org tetua)

so memasing ada kenangan mahup0n cherita sendiri mengenai cuti sekolah ni...even bebudak universitas p0n bercuti sama dgn cuti bebudak sekolah pada penghujung tahun....hahahaha tapi aku nk share sumthinglah kepada para siswa dan siswi malaysia sekalian..yg aku dengar..Pasni dh xde dh cuti hujung tahun!!!..........

huh???betulke??..lu jgn nak merepekla.....hahaha rileks...2 yg aku dgr dari sumber Tak BeRnAMa aku...ok pasal bnda ni kan...based on my tahu-tahu cket la kan...intake utk tahun 2011/2012 nanti pada bulan 9 2011 dan bukan lg pada bulan 7 seperti kebiasaannya sebelum ini...karna katanyee ingin menyelaraskan dgn seluruh universiti...so cuti bln 12 dh xda lg dan akan dianjakkan pada bulan 1 tahun hadapannya...

hahaha so pasni adik2 sekolah semua cuti bulan 12..abang2 n kakak2 semua dok struggle study for final exam...dan telah menjadi isu nya(bkn aku yg timbulkan but juz dgr2 k)..ada pihak yg x puas ati la sbb xda cuti bln 12 nnt sebabnya x dpt enjoy lebih o cuti lebih time X'mas..huhu yg ni p0n aku x puas hati sedikit...ok yg ni aku xnak ckp panjang..sensitip isu nya..hahaha ok next isu..


hepi je bebudak sekolah bila hari last sekolah...ni budak sekolah St. Martin





Krismas....


Perayaan ketiga yg best selepas Raya puasa dan Raya Haji bagi aku la...huhu....aku x tau la mcmna sambutan X'mas kat Tanah Malaya...akan tetapi bagi mereka2 yg berada d Borneo ni sambutan X'mas kat cni lebih kurang cket je meriahnye mcm Hari Raya..

Klu sesiapa yg x pernah rasa cmna memeriahkan sambutan X'mas ni.pasni berkawanlah dgn mereka2 yg sambut dan g ziarah umah kengkawan yg sambut X'mas ni....baek cuba try test..huhu itulah salah satu kelebihan Borneo ni..konsep 1 malaysia dh lama di amalkan di sini semenjak Malaysia belum wujud lagi integrasi perkauman telah lama di amalkan...

Bayangkanlah....ada family kat cni yg Hari raya dorg sambut..then bila Kaamatan,Gawai o Xmas dorg g memeriahkan sambutan dgn family2 yg bukan beragama islam....see kan best family multi-racial ni..hohoho

bukannya aku soh korg g minum mabuk2 plak bila time X'mas..cukuplah sekadar melawat o ziarah menziarahi..Wei!!...ingat time X'mas ni xda lemang, ketupat, rendang,  nasi himpit o apa2 lg la yg korg ingat ad time raya..ada satu umah member aku g time X'mas dulu siap ada rendang tok lagi...wahhh xyah aku nak g Perak nak mkn rendang ni..hohoho

so kepada rakan2 yg menyambut Xmas esok....klu xnak jemput makan..minum2 p0n boleh la...hohoho




Kenduri Kahwen.......


Part ni malas la aku nak cita, satu dunia kot tahu pasal ni.....asal ujung taun je org kawen..orang kawen je banyak di hujung tahun...mcm2lah asbab dia..cuti la,apala..bla, bla, bla and so on.......

apa yang aku suka time org kawen kat tempat aku....

  • 7 malam berturut-turut sblm hari bersanding mesti ada Kulintangan or bergendang...yg ni part yg aku paling suka bila kenduri kahwen kaum Bisaya....tapi aku tgk skg ni dh jarang dh benda ni..maklumlah bebudak remaja skg bkn mcm remaja dolu-dolu......korg buka youtube n search for 'kulitangan'.......aku rasa korg mesti malas kan so aku bagi link ni ok..dan enjoy ..huhu
  • ada maen 'Katam-Katam'....hahaha yg ni korg pepandai la cari kpd sesapa yg x tau....dalam bhs cina dia adalah YUE HAR HAI...aku x maenla juz tgk2 je gelagat dorg ni maen..kadang-kadang sampai orang kampung ntah mana dtg dari jauh semata2 nak maen benda haram ni...memang haram pon..huhu
  • BerGAMBUS.....haaaa yg ni bila malam last sekali kenduri kahwen....acara ni sesangatlah feymes bagi kaum Brunei sekitar kawasan Pimping, Bongawan dan sekitarnya...hahaha yg best nya penari perempuan memang di sediakan khas bagi acara ni..ya la susah nak cari pompuan pndai menari zapin....cek link ni pasal berGAMBUS k..dan enjoy..huhu
  • yang ni aku xtau plak kt tempat laen..klu tempat aku..orang lelaki buat kerja kat area kawah memasak tue..hahaha so skg ni aku lebih byk lepak kt area kawah sambil tertolong memasak..mmg bestlah bila tengok lauk pauk di masak secara besar-besaran...hahaha
  • part ni aku rasa suma jejaka di luar sana sesangat lah suka time kenduri kahwen iaitu pepasal awekz@cikaro@gadis2 kampung sekalian...hahaha...weiii beza tau gadis2 kampung dgn popuan metropolitan...hahaha keayuan nye jelas ternyata....hahah lebih2 lagi bila best nye klu korg ni dok belajar jauh..konp0m la jadi Hotz topic bualan makcik2 kt dapur tue bila nampak korg..hahaha berkenan nak jadikan menantu ke Babu2 o0oii.....

so dikesempatan ini aku nak mengucapkan Selamat Pengantin Baru kepada sahabat ku Aizudin Sugara...jan risau aku pasti dtg punya kenduri kahwen ko..huhu






Sale + Shopping!!!!

Satu lagi subtopik yg sesangatlah xyah nak di pertikaikan mahup0n di bahas lagi...huh~~...cuma aku tertarik dgn cara satu family ni shopping...dorg x shopping kat malaysia...ujung tahun je dorg g shopping kat Bandung o China..shopping sambil bercuti..memang ada pros n conts nya..tapi aku suka cara itu..huhu

klu kt Kuching ni para ibuan lebih suka shopping kat Serikin dan memang berbaloi...haahaha

tips kuar shopping paling bagus adalah jgn kuar pada hujung minggu...tau la sebab2 nya kan...ok selamat membuang duit!!!






Jejalan.....


Owh pasal bab ni aku baru je balik dari Jelajah Sabah n Sarawak 2 minggu lepas...huhu nak tgk gegambar..cek je kt FB aku..besepah gegambar trip aritu...huhu

gegembar reramai berlatar belakangkan Mt. Kinabalu

bebudak maen Banana bot

maen Parasailing


di atas adalah beberapa gegambar masa aku buat trip jelajah sabah sarawak aritu...so sesapa rasa nak buat trip cmtu akan tetapi xtau nak uruskan..bolehlah menghubungi aku.huhu

dan selamat berjalan-jalan lah kepada semua sepanjang cuti ini..masih ada seminggu lagi utk jenjalan..huahuahua



Buat anak!!!!!

HANYA KEPADA MERAKA2 yang SAH SAHAJA!!!!!!




maklumlah waktu cuti ni banyak masa terluang...kena-kena plak musim hujan yg menyejukkan...h0h0h0

Part ni aku x dpt nak mengulas lebih lanjut..maklumlah aku ni masih teruna....huhu so bertanyalah kepada yg pakar K!!!!








P/s : Hujung tahun adalah waktu yg x sesuai utk berjalan-jalan sebenarnya khususnya negeri Sabah kerna hari2 hujan lebat..huhuhu Kedah n Kelantan plak banjir..so waktu jalan2 terbaek adalah bulan 4,5 dan 6..h0h0h0 selamat beramal k...