Friday, December 31, 2010

Catitan X'mas d BINTULU (PART 1)

Salam Akhir Tahun dan Salam Kemenangan Bola Sepak...Aauuummmm!!!!


Tahniahla kpd skuad Malaysia dan biarlah mereka2 yang laen bercakap mengenainya....aku ada benda laen nak di kongsi bersama....agak bz la sblm ni....kiranya aku nak update cerita terkini..tapi memandangkan bz dgn kehangatan Piala AFF Suzuki dan Krismas..so baru la aku update blog aku ni.....

sebelum menutup tabir 2010 ni aku sempat mengerjakan aktiviti agak gila la..demi memenuhi janji aku terhadap sahabat aku untuk menghadiri Majlis perkahwinan dia kat Bintulu pada 25/12 iaitu bersamaan Krismas bebaru ni aku dgn takda lesennya  selamba memandu cari pasal drive kereta kancil 850EX yg bernama Stella meredah ke Bintulu..

inilah 'Stella' yg di redah ke Bintulu bergambar di Similajau


time atau akan ketika itu aku dh tak pikir apa2 dh..janji aku sampi ke Bintulu..."Janji tetap Janji"..jgn sembang kenchang klu x dpt di kotakan...hahaha lantaklah klu ada yg terasa...

aku bersama dua org lagi iaitu hayat si muka busuk n liya..liya ni p0n last minit ajak...2 p0n sbg backup driver..hayat ni x blh harap tol..tukang sapot minyak je la..haha....so perjalanan bermula pukol 3.30pm dari Unimas...

pukol 8 camtu aku berenti berehat d Saratok utk mengisi minyak + merehatkan kereta + makan setelah hampir 5 jam memandu..ok ni 1st time aku tiba di pekan Saratok so aku maen redah je masuk ke pekan dia..

huh~~nasiblah sempat isi minyak kt Shell sblm dia tutup...FYI pekan Saratok tutup dalam 8 malam dan hanya beberapa kedai makan sahaja di buka..itupun tutup dalm pukol 10pm...lepas tue kitaorg g makan kat sebuah restoran yg masih buka time tue..


nama Restauran ni adalah Restoran Abjad

 mula2 aku sampai kt restoran ni aku dh rasa pelik dgn restoran ni.....tapi dh lapar so aku makan je la kt sini..
menurut rakan aku yg mmg dok Saratok, Abjad ni adalah persatuan silat yg berasal dari semenanjung dan kat situ adalah cawangan dia..oo0ohh patutlah aku rasa macam ala2 Pekida je..haha

agak berbangga jugaklah aku makan kat restoran dia ni walaup0n makanan dia taklah seberapa..huhu


lukisan simbol yg terdapat di setiap dinding kat restoran ni


kalimah 'La ilaha illallah muhammadur rasulullah' pada Hilux owner restoran Abjad

aku agak kagum melihat kalimah tersebut pada kereta tersebut....agak style la...walaup0n hanya org2 yg layak sahaja boleh berbuat demikian..

kat dalam restoran ni sbnrnya terdapat lukisan wajah Tuan guru persatuan Abjad ni..tapi aku x sempat amek gambar dia...memang besar sebesar dinding restoran tue..

so kepada sesapa yg singgah ke pekan Saratok  dtg je lah ke rstoran ni..haha oh lupa plak...menurut kwn aku..speciality Saratok adalah ikan Terubok coz ikan Terubok Sarawak asli terdapat di sini...kata-kata ni aku caya coz ikan tersebut dihasilkan dari sebuah kampung nelayan yg aku dh lupa nama dia dan terletak berdekatan dgn Roban....so xdalah isu ikan Terubok dari India then di masinkan...huhu


ok perjalanan di teruskan........


dari Saratok aku direct drive sampai Sibu..mcm biasa akan melalui jambatan Hulu Lanang yg TERAMATLAH BESAR DAN PANJANG bagi sebuah jambatan yg merentasi sebuah sungai...jgnlah nak compare jambatan Pulau Pinang..konpomla paling panjang kat Malaysia coz merentasi lautan...korang akan melihat Bandar Sibu nampak kecik je dari atas jambatan tue...

FYI yg aku dengarlah..jikalau empangan BAKUN tue pecah...so Bandar Sibu akan menjadi sejarah...huh x dpt aku membayangkannya..so moral of story jangan dudok kt Sibu..hahaha boh kecik ati miak Sibo..haha

aku singgah kejap je g rehatkan kereta kat Petronas tapi x isi minyak..aku x berani nak masok Bandar dia memalam buta..sah2 aku akan sesat nnt..coz Sibu ni yg aku tahulah bukanlah bandar terancang seperti Bintulu dan Miri..so x heranlah klu ramai yg sesat dalam bandar Sibu...uhuhuhu

aku rasa aku akan Jelajah Bandar Sibu dalam masa terdekat ni...so nntikan n3 pasal Sibu dari aku k....


perjalanan di teruskan...


sejauh 60km dari Sibu aku singgah kat RnR Selangau...ada Pekan Selangau tapi dh tengah2 malam op koslah dah tutop..so aku g singgah kat RnR....RnR feveret aku kat area Selangau adalah Restoran Nurliana Abdullah..coz inilah satu2 nya Restoran yg SAH2 diyakini islamik..haha

sorilah xda gambar di sertakan...

plan nak tidor kt cni tapi surau dia kena tutop plak..time 2 dlm kol 12..so plan nak teruskan sahaja perjalanan ke Bintulu..perjalanan dari Selangau ke Bintulu mengambil masa dlm sejam setengah....

setiba je kat Pekan Tatau minyak macam x mengizinkan utk meneruskan perjalanan walaup0n ada dlm setengah jam lagi untuk sampai ke Bintulu...

so kami amek keputusan tido dalm kereta kat Pekan Tatau utk mengisi minyak kesokan harinya...

malam aku bergerak tue adalah malam Xmas Eve...so sepanjang perjalanan dari Sibu ke Tatau akan melalui banyak rumah-rumah panjang kaum Iban...bermacam ragam sambutan malam tue yg aku lihat..karaoke tue takyah cerita la kan..hampir setiap rumah panjang aku lihat ada sesi berkaraoke kat ruai rumah...ada yg lepak bersama kaum keluarga...alaa mcm malam hari esok nak raya 2..tapi bestnya dorg ni satu rumah panjang yg ada lebih kurang 20 rumah berkumpul reramai kat ruai ..huh memang best..sambil2 ngirup..apuuuu nyak..haha

yang bestnya ada satu tempat kat Selangau klu x silap..kedai makan ni di jadikan  tempat menari ala2 pub o disko gitu...maklumlah area sana manada Pub o disko khas..so mereka pasangkan muzik sekuatnya,kerusi dan meja di alihkan ketepi supaya ruang tengah clear dan menari sakan lah mereka menyambut kedatangan Xmas....h0h0h0h0

setibanya aku di Pekan Tatau ingin mencari masjid o surau tapi x jumpa..so tidurlah dalm keta kat tepi Shell..ketika waktu suboh azan p0n berkumandang..aku ronda2 lagi mencari masjid tapi x jumpa..maklumla gelap so x nampakla menara ataup0n kubah masjid..hhuhu

so pagi p0n menjelma....

view pagi dari jeti sungai Tatau..subhanallah...

jeti kat Tatau

masjid o surau yg terdpat di pekan Tatau bersebelahan dgn stesen minyak Shell
ya allah pagi tue tatkala cahaya mentari menerangi alam barulah aku tahu kat mana masjid kat pekan Tatau..patutlah waktu subuh tu aku dgr mcm dekat je bunyinya..adooh memang dekat p0n sebelah stesen minyak aka sebelah aku je p0n..hahah mati2 kami gelak time 2..

so pagi tue sementara menunggu stesen minyak di buka pada pagi Xmas aku ronda2 sekitar pekan dan aku g lepak kat jeti sungai Tatau..

ekpress yg membawa penumpang ke area Ulu ntah mana
 klu korg pernah dengar kes ekspress karam kat Tatau yg mengorbankan byk nyawa dalam tahun ni....so gambar diatas adalah contoh bot yg karam itu dan di jeti inilah tempat naik dan turun mereka...

bebudak yg aku lepak sesama kat jeti

masa aku lepak kat jeti tue aku sempat gak berborak ngn bebudak yg lepak kt sana seawal 6 pagi...fuyoooo memang amat berbeza kanak-kanak bandar dan luar bandar..

aku masa kecik2 p0n mcm dorg ni gak..haha

aku tanya lah serba sdikit kat dorg ni..menurut bebudak ni..yg baju merah dan baju belang tue adalah adek beradik dan kacukan cina dan jawa....okaayyy...1 malaysia kot dan yg berbaju coklat tue keturunan Punan...okayyy aku x pernah dgr..well x heran sgt kot coz sarawak kan  mempunyai hmpir 30 lbh jenis kaum..

menurut budak ni gak sungai ni ada buaya dan paling banyak kat are Ulu....ahaha yg itu x perlu diherankan...well Sarawak~~

'buaya darat ada di mana-mana'.....tapi aku bukan...lol

dalam gambar diatas korg dapat melihat dua buah bukit o gunung..so aku tnya la ngn dorg ni apa nama dia..then budak baju merah tu cakap nama dia adalah gunung susu..erkkk





pam minyak gas yg klasik gitu..


dh la tersepit..bakal kena sembelih plak di pagi krismas..huhu

Rumah layang-layang

speaker yang mengeluarkan bunyi ala-ala bunyi burung layang-layang



dua gambar terakhir diatas adalah rumah kedai yang di jadikan rumah burung layang-layang.....yaaaa aku pada mulanya memang agaklah sedikit terkejut dan agak terkagum disitu...hahaha sungguh sesangat terkreatif.....

so lepas ni sesapa yg rumahnya sesangat la bebanyak beburung lelayang datang melepak 2..baek korg buat satu rumah khas utk dorg..so korg bolehlah buat bisness sarang beburung lelayang...uhukzz
tue nama dia konsep simbiosis antara kita..ok..


aku rasa setakat ni je lah dulu....bebanyak sesangatlah lagi aku nak nukil kan..Part 2 nnt cerita time aku sampai kat Bintulu....

ok kepada anak2 aku nnt...abah akan cerita pada part 2 ok..so g tido awal esok nak sekolah kan...(ceewahh bajet yg entry ni akan dibaca oleh anak2ku kelak)..hahaha



p/s: tak habis-habis pasal kutuk mengutuk antara org m'sia n indon...so apa bezanya kita dgn org yg mengutuk kita jikalau kita juga asyik mencarut mengutuk  mengadu domba pasal dorg...huhu

2 comments:

  1. robert jeno punan weh. kcik ati nya kau xtauk

    ReplyDelete
  2. hahahaha ya kah...yg aku tau dia bkn iban la selama ini...hahaha tq diatas info

    ok robert jeno jgn risau tahun depan (mcm lamak jak bunyinya)aku g jelajah area kau iaitu Belaga..uhukzz

    ReplyDelete