Sunday, December 19, 2010

Ku lari ke jetty kemudian berTeriakku!!!

Salam Sejahtera keatas semua sebagai pembuka bicara ...huhu

Ok sblm ini aku ada merepek dlm n3 pasal apa aku nak bekarya didalm blog...so n3 ni adalah 1st n3 pasal tujuan repekan aku...mengingatkan kembali akan diri ini bahwa aku hanya ingin menulis perkara2 yg berkaitan mengenai para MAKANAN dan Tempat2 yg menarik sekitar pelangkahan kaki ini menapak yg aku rasa wajib utk aku catit sebagai perkongsian bersama dan paling tidak p0n akan sekadar simpanan catitan sebagai memory kenangan 4 the future...

K berbalik pada topik di atas.....

kaki aku ni jenis pantang dok kt umah....mesti rasa nak melangkah je keluar berjalan2 apatah lagi ke tempat2 yg menarik sekitar aku ni...so beberapa hari lepas aku rasa sesangatlah ingin berlari ke pantai sambil angin sepoi2 languange bertiup kearah ku...dgn nekadnya aku bertekad utk ke Sematan karna berdasarkan ilmu pengetahuan ku..pantai kt Sematan adalah yg terbaek kat Swak ni....


Well seperti biasa..motto aku adalah "Last minit is Konp0m"


eSok nak pergi malam ni baru aku nak plan..so aku ada ajakla beberapa org sahabat utk join program ini....sambutan awal agak merangsangkan  gak...kira 2 keta akan berkonvoi..so kiranya dalam 8 org yg akan sertai......dijadikan cherita pada pagi  nak bertolak ni...aku yg mmg dgn semangatnya bgn se-awal pagi utk bersiap sedia nak g Sematan ni berbaek hatila utk mengejutkan para perombongans ni utk bgn...


sorang2 aku kol kejut kan..................dan sorang, duarang, tigarang jwb panggilan haji aku ni dgn sora mamai nak map0s smbil selambeeeeer je dorg ckp x jadi....


HUH!!!!!!!....nasiblah aku agak memahami akan mereka2 yg jenis malas bangun pagi ni...klu tak...............


so aku mengharapkanlah sahabat sorg ni utk bangkit menyertai aku...........

harap2 memang getah sekerap tol... dia boleh bantai syahid x ingat sorga la....naseb baekla ada gak 3 perombongan lain jadi merombong...so dari 2 keta..tinggallah sekereta je yg menuju ke Sematan..


berbalik kepada info2 mengenai perjalanan ke Sematan...korg boleh tgk sendiri Peta dimana lokasi Sematan dalam peta Swak...ada tiga jalan yg boleh digunakan untuk menuju ke sana..

1-melalui Batu Kawa dan tembus ke highway Bau - Lundu
2-melalui Batu 7 terus ke Pekan Bau dan terus ke Lundu..(ini route yg paling jauh)
3-melaui Matang dan ikut feri Simpadi dan tembus dekat Lundu

so yang penting korang mesti ke Lundu untuk ke Sematan..dan perjalanan ini mengambil masa maksimum 2 jam setengah....paling laju p0n aku pernah try adalah sejam....larian 110 km/s..

Ingat!!...korg nnt akan jumpa simpang 3 dan amek ke kiri ke Sematan...klu korg amek kanan korg akan ke Pekan Lundu..dan pasal Lundu nnt aku akan cita pada n3 mendatang..



membaca lah di mana-mana...huhu



setibanya korg di Pekan Sematan....aku boleh bajet la korg akan terpegun dengan keindahan, kebiruan laut yg terhampar di depan mata korg..karna Pekan ini memang di tepi laut..dan korg pasti dpt lihat ombak2 saling berkejaran  memukul pantai...siyesly aku mmg terpegun melihat view akan ketika itu..



view dari jeti pekan Sematan..kelihatan Gunung gading dihadapan




gerai makan kat pekan Sematan...didepan gerai ini adalah pantai yg membiru menyedapkan mata memandang..


kat cni utk mencari tempat makan yg halal memang teramat tidak susah..akan karna Sematan majoriti adalah area Melayu..so xda masalah utk mencari tpt makan...yang best nya kat cni adalah makanan seafood dia aku tgk mmg fresh dan kental2 gtu ketika makan...huhu

,maaflah aku xda amek gambar lauk pauk dia sbb tgh asyik menikmati sambal sotong dia..huhuu





view dari jeti..depan 2 adalah kg nelayan yg namanya aku lupa..huhu

bersembang dengan pakcik yg tgh memancing kt jeti..
satu2 nya budget hotel kt Sematan...berhadapan dgn bengkel dan 200 meter sblm Pekan

gambar di atas adalah satu-satunya bajet hotel yg terdapat disana..selain itu terdapat jg 3 buah Resort yg beroperasi kt Sematan...so dah nama dia resort kan..paham2 je la harga dia kan..

bagi aku tak berbaloi utk bermalam di sna sebab hanya pantai sahaja produk yg ada dsna..so day trip sudah memadai utk berjalan2 di Sematan....laenlah cherita jikalau korg nak ke Tg. Datu o ke Pulau Talang-Talang...

pasal Tg. Datu dan Pulau Talang-Talang aku akan cherita nnt pasal aku belom g sana lg...huhu

mahal doe nak kesana..bajet dalam $200 sorg..fuyooooo





pantai Sematan yang jauh nan mata memandang
pantai sematan

pantai dia biasa je bagi aku...maklumlah aku ni org Sabah..so pasal pepantai ni  memang tempat mainan aku dari kechil lg..just yg aku suka pasal pantai dia adalah paluan ombak2 yg saling berkejaran menghempas pantai sambil kedengaran derauan angin bayu yg agak kuat jugakla..

dan nasihat dari aku..pantai dia x selamat utk bermandi manda..so klu just nak lepak2 berpiknik tepi pantai 2 aku galakkan...akan tetapi jikalau mahu bermandi manda aku rasa xyah sbb pantai jenis ni agak merbahaya bagi aku...so just enjoy tgk laut je k..







surau berdekatan dgn Pekan di Kg Tanah Hitam


klu korg pernah dgr pasal Kem Pueh kat Swak ni ianya terletak di Sematan gak....ianya terletak sebelum memasuki Pekan Sematan dan 10km  dari simpang masuk...yang aku terasa excited dekat Kg Pueh tu adalah mengenai Gunung Pueh yg belum lagi di komersialkan..so bayangkanlah hutan dia yg masih Virgin lagi...mesti banyak spesis binatang kat sna..huhu





masa nak balik haritu aku gunakan jalan feri Simpadi yg akan tembus ke Matang coz aku da hal nak ke Kuching...korg akan melaui 8 jambatan satu laluan sahaja sepanjang perjalanan..

feri Simpadi beroperasi sehingga 10 mlm dan tambang utk kereta adalah RM1 dan pejalan kaki adalah free..


sebelum aku mengakhiri n3 nia ku nak mengucapakan jutaan makaseh kepada saudara Dzul serta bini Sue dan kate karna join aku g sematan aritu...huhu

menggunakan feri Simpadi dalam perjalanan pulang

P/s: Sematan adalah Pekan yg terletak di hujung Swak dan Tg Datu adalah the end of Swak yg mana border dgn Indonesia terletak di sana..









4 comments:

  1. haha..syahid yg xdapat dibendung lagi..

    ReplyDelete
  2. ah aku...sok ank join aku tak buat oreo cheese..manatau boleh buat busines..hhuuhu

    ReplyDelete
  3. awak tok syazwan..bejalan x ajak saya....hehe

    ReplyDelete
  4. owh dah awak xda setiap kali saya nak bejalan...huhu

    ReplyDelete